Sistem Pembelajaran

Institut Kemahiran Mara Johor Bahru
Karung Berkunci 848
80990 Johor Bahru

 


SISTEM LATIHAN DAN PENILAIAN
INSTITUT KEMAHIRAN MARA


Komponen Latihan


Kalender Latihan


Pendaftaran Kursus


Pendaftaran Subjek


Pengecualian Kredit


Sistem Gred


Keputusan Pencapaian


Penyata Pencapaian


Penghargaan


Penganugerahan Sijil


Komponen Latihan


Pelatih yang mengikuti latihan di mana-mana IKM diwajibkan mengikuti latihan yang telah ditetapkan.


Komponen Latihan adalah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu :

Pengajian Teknikal
Pengajian Am
Ko-Kurikulum
Latihan Industri
 

 

Kalender Latihan


Tahun Latihan IKM dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi Januari dan sesi Julai.


Kalender latihan bagi setiap sesi adalah seperti berikut :
Minggu 1 : - Minggu Silaturrahim / Latihan
Minggu 2 - 10 : - Latihan / Penilaian
Minggu 11 : - Minggu Aktiviti*
Minggu 12 - 23 : - Latihan / Penilaian
Minggu 24 - 26 : - Cuti Semester
( Nota : * Tertakluk kepada pindaan )


Pendaftaran Kursus


Semua calon pelatih dimestikan membuat pendaftaran kursus yang ditawarkan pada tarikh yang ditetapkan.


Calon pelatih yang tidak mematuhi peraturan di atas tanpa sebab-sebab yang boleh diterima oleh IKM atau BKM, dengan sendirinya tawaran kursus kepadanya terbatal.


Pendaftaran kursus bagi pelatih kanan dibuat secara automatik oleh pentadbiran IKM berdasarkan kepada keputusan penilaian sesi sebelumnya.


Pelatih kanan yang telah terputus pengajian disebabkan penangguhan latihan, pengantungan latihan dan sebagainya hendaklah melaporkan diri semula ke tempat latihan.


Pelatih tidak dibenarkan menukar kursus yang ditawarkan.

 

Pendaftaran Subjek


Semua pelatih yang telah mendaftarkan kursus secara automatik diwajibkan mengambil semua subjek yang ditetapkan di setiap sesi.


Pelatih kanan yang gagal mana-mana subjek atau mendapat WD atau WX pada sesi yang telah diikuti, dikehendaki mendaftar semula subjek berkenaan


Pelatih yang gagal mengulang subjek boleh mengakibatkan tidak layak di anugerahkan sijil.


Pendaftaran subjek mengulang ini hendaklah dibuat dalam tempoh masa selewat-lewatnya tiga (3) minggu dari tarikh buka sesi.


Sebarang permohonan pendaftaran subjek lewat dalam tempoh masa yang ditetapkan tanpa sebab-sebabnya boleh diterima oleh IKM akan ditolak.


 

[Laman Utama][Maklumat][Pentadbiran][Akademik][Aktiviti]
Segala kandungan,grafik, dan ciptaan terkandung di dalam Laman ini  adalah Hakcipta Terpelihara © 2000 ikmjb.