Pengenalan

Institut Kemahiran Mara Johor Bahru
Karung Berkunci 848
80990 Johor Bahru

 

   

PERSATUAN BEKAS PELATIH (ALUMNI)
INSTITUT KEMAHIRAN MARA 
JOHOR BAHRU

PENGENALAN:

Persatuan Alumni IKMJB telah ditubuh dan didaftarkan pada 19.9.1999 di Johor Bahru. Keahliannya terbuka kepada semua Bekas Pelatih (Alumni) Institut Kemahiran MARA Johor Bahru , dari semua jurusan semenjak ia dibuka pada tahun 1973 hingga sekarang.

TUJUAN PENUBUHAN:

Penubuhan Persatuan ini adalah bertujuan tidak lain dan tidak bukan sebagai satu badan yang mengumpul dan menyatukan semua bekas pelatih IKM Johor Bahru erta menjaga kebajikan ahli-ahlinya.

Selain dari itu ia juga diharap dapat menjadi penghubung dengan industri/firma dalam mendapatkan peluang-peluang pekerjaan dan menganjurkan kursus dan seminar untuk meningkatkan lagi taraf pengetahuan , kemahiran dan pengalaman ahli-ahli serta menyebarkan maklumat berkaitan kerjaya dan berita yang berkaitan dengan Persatuan.

Persatuan ini juga berfungsi untuk membantu mendapatkan pinjaman dan kemudahan dari mana-mana agensi terlibat bagi ahli melanjutkan pelajaran atau memulakan perniagaan mereka.

CARA PERMOHONAN:

Isikan borang permohonan yang dilampirkan dan hantarkan bersama-sama bayaran yuran masuk dan yuran keahlian. Untuk penghantaran borang permohonan dan tuuan surat menyurat , alamatkan kepada:-

Yang diPertua ,
Persatuan Bekas Pelatih (Alumni)
Institut Kemahiran MARA Johor Bahru
D/a Institut Kemahiran MARA
K.Berkunci No 848
80990 Johor Bahru
Johor
Tel     :  07-2361129 , 07-2370001
Faks   :  07-2364289
E-mail         :  ikmjb@tm.net.my

 

[Laman Utama][Maklumat][Pentadbiran][Akademik][Aktiviti]
Segala kandungan,grafik, dan ciptaan terkandung di dalam Laman ini  adalah Hakcipta Terpelihara © 2000 ikmjb.