INSTITUT KEMAHIRA MARA
JOHOR BAHRU

Sukan-sukan Di IKM JB

 


 


Benteng pertahanan yang kukuh antara faktor yang menyebabkan IKMJB menang besar pada hari tersebut.


IKMJB 4 JANUARI 2001-Pasukan bolasepak IKMJB membuka tirai Tahun Baru ini dengan kemenangan pertama ke atas pasukan bola sepak dari kelab TAKANO Sdn.Bhd.Perlawanan tersebut telah diadakan pada 4 jan 2001 yang lalu dengan kemenangan besar bagi pasukan IKMJB dengan jaringan 8 gol berbalas 2.

 

Perlawanan persahabatan ini adalah merupakan perlawanan pertama musim 2001 sebagai persiapan menjelang temasya sukan Jun nanti. Gol-gol kemenangan pada masa pertama bagi pasukan IKMJB dijaringkan 3 gol oleh Faisal(Romario) dan 2 gol oleh Athar Ibrahim.

Selepas 12 minit separuh masa kedua bermula,IKMJB menambah jaringan sebanyak 2 gol lagi hasil sepakan kemas oleh Anuar Ambak dan 1 gol lagi dihadiahkan oleh Nizam Omar bagi melengkapkan perlawana pada petang itu.Pasukan pelawat menghasilkan jaringan 2 gol pada minit-minit akhir perlawanan.

 

Cuaca yang agak redup pada petang itu,tidak mematahkan semangat pemain-pemain pasukan IKMJB untuk turun kepadang dan bermain dengan bergitu bersungguh-sungguh.

 

Kesebelasan utama pemain pasukan IKMJB diketuai oleh Alam Shah selaku ketua pasukan,Saiful Hafizi,Pak Ya,Faizal (Ronaldo),Mansor dan Baddaruddin sebagai penjaga gol.

 

Kemenangan ini,adalah merupakan satu petanda amaran awal bahawa pasukan bola sepak IKMJB akan mengamuk pada Temasya Sukan Staf IKM Semalaysia Kali KE-III Johor Bahru 2001 nanti.

8

Sekilas :

Pada 28.2.2001 Kelab Sukan dan Rekreasi IKMJB telah mengadakan satu perlawanan bola sepak Piala Pengetua IKMJB antara pasukan Zon Timur/Utara melawan Zon Barat/Selatan .Perlawan tersebut telah dirasmikan oleh Penolong Pengetua IKMJB iaitu Mar Baki @ Omar Baki Said.

Keputusan perlawan telah berpihak kepada pasukan Zon Timur/Utara dengan jaringan 4 gol berbalas 0.Syabas dan tahniah diucapakan kepada semua pemain-pemain Zon Timur/Utara.

Selepas perlawanan para pemain telah dijamu dengan jamuan Sup Tulang di dewan makan(Pak Wan).Jamuan tersebut adalah hasil pungutan dari pemain dan separuh lagi telah disumbangkan oleh penolong pengetua.Semasa sesi ucapan itu,penolong pengetua berharap agar kegiatan sukan seumpama ini akan diteruskan lagi,kerana ini boleh mengeratkan Silatturahim antara sesama staf.8

 

 

 

 
[Laman Utama][Maklumat][Pentadbiran][Akademik][Aktiviti]
Segala kandungan,grafik, dan ciptaan terkandung di dalam Laman ini  adalah Hakcipta Terpelihara © 2000 ikmjb.