INSTITUT KEMAHIRA MARA
JOHOR BAHRU

Sambutan Hari Keluarga

 


Marhaban beramai-ramai memohonMajlis diberkati

 


Acara merebut gula-gula


Barisan ahli jawatankuasa Hari Keluarga yang bekerja keras bagi menjayakan program pada hari itu.

Biar pun bermula agak lewat,Hari Keluarga dan sambutan Aidilfitri IKM JB berjalan dengan meriah sekali.Hari keluarga pada kali ini telah dibuat di Dewan Besar Abdul Aziz.

Ahli Jawatankuasa Hari Keluarga IKMJB telah bekerjasama dengan pihak Badan Agama & Kebajikan IKMJB

bagi mengadakan majlis pada hari tersebut.

Upacara majlis di mulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi Hari Keluarga dan seterusnya Perasmian oleh tuan pengetua IKM JB,En Mohd Saleh Bin Mat.

Kehadiran lebih 200 orang kakitangan IKMJB bersama dengan ahli keluarga masing-masing memeriahkan lagi suasana pada hari itu.

Acara berzanji atau marhaban beramai-ramai dimulakan oleh pengerusi BUK.Selepas minum pagi,Sukaneka bagi kanak-kanak dimulakan dengan acara merebut gula-gula selepas itu makan buah Apel dan tiub belon.

Bagi wanita pula acara anyam ketupat dan gubahan bunga mendapat sambutan dari ibu-ibu.Acara ini memerlukan kemahiran dan kecekapan tangan bagi membuatnya.

Gelagak kaum bapa pula amat mencuit hati dalam acara melipat kain lampin dan makan buah duku.Ada juga bapa yang tak pernah melipat kain lampin tiba-tiba masuk bertanding.Haa..apa lagi mulalah gelabah,dan masa tu tembelang pun pecahlah.

Pada pukul 12.30 pula jamuan makan tenghari.Acara sukaneka disambung disebelah petang.

Pada sebelah petang acara mewarna bagi kanak-kanak telah dimulakan.Acara mewarna ini dibahagikan kepada 3 katagori mengikut umur.Sementara menunggu lukisan siap ,acara yang dinanti-nantikan iaitu cabutan nombor bertuah dijalankan.

Lebih 100 hadiah cabutan nombor bertuah disediakan oleh pihak penganjur.Berbagai jenis hadiah seperti peralatan dapur ,hamper,hatta tikar terbang pun ada.

Lebih meriah lagi apabila acara pakaian beragam terbuka bagi kanak-kanak dijalankan pada petang itu.Adik Ahmad Harris bin Ahmad Halim telah mencuit hati barisan pengadil dan sekaligus merangkul johan bagi acara tersebut.

Sambutan hari keluarga pada hari itu diakhiri dengan pengumuman pemenang bagi acara meneka biji betik dan jamuan hari raya.

Pada sebelah petang acara mewarna bagi kanak-kanak telah dimulakan.Acara mewarna ini dibahagikan kepada 3 katagori mengikut umur.Sementara menunggu lukisan siap ,acara yang dinanti-nantikan iaitu cabutan nombor bertuah dijalankan.

Lebih 100 hadiah cabutan nombor bertuah disediakan oleh pihak penganjur.Berbagai jenis hadiah seperti peralatan dapur ,hamper,hatta tikar terbang pun ada.

Lebih meriah lagi apabila acara pakaian beragam terbuka bagi kanak-kanak dijalankan pada petang itu.Adik Ahmad Harris bin Ahmad Halim telah mencuit hati barisan pengadil dan sekaligus merangkul johan bagi acara tersebut.

Sambutan hari keluarga pada hari itu diakhiri dengan pengumuman pemenang bagi acara meneka biji betik dan jamuan hari raya.8

8

 

 

 
[Laman Utama][Maklumat][Pentadbiran][Akademik][Aktiviti]
Segala kandungan,grafik, dan ciptaan terkandung di dalam Laman ini  adalah Hakcipta Terpelihara © 2000 ikmjb.