INSTITUT KEMAHIRA MARA
JOHOR BAHRU

Pembinaan satu lagi IKM 

yang menawarkan pengajian peringkat 

Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 

di Johor dalam RM-8.

Datuk Rizalman menyampaikan sijil kepada salah seorang graduan.


Graduan wanita  yang telah menerima sijil masing-masing


Sebahagian daripada Ketua-ketua kursus yang hadir pada Majlis Graduasi

Isnin-30HB Januari 2001 telah berlangsung satu Majlis Graduasi Sesi Disember 2000 IKM Johor Bahru.

    Seramai 159 graduan yang mengikuti sembilan kursus menerima sijil selepas menamatkan pengajian masing-masing selama 18 bulan di institut ini.

    Sijil-sijil tersebut telah disampaikan oleh Setiausaha Perlimen Kementerian Pembangunan Ushawan,Datuk Rizalman Abdullah.Dalam ucapannya beliau  berkata Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mempunyai 21 institut kemahiran bagi memberi lebih banyak peluang kepada Bumiputra mengikuti pelbagai kursus latihan vokasional menjelang tahun 2003.

    Beliau menambah,ini termasuk pembinaan lima Institut Kemahiran Mara (IKM) iaitu dua di Selangor dan masing-masing satu di Perak,Johor dan Pahang.

    Beliau berkata,Mengikut perancangan,lima IKM yang dibina menerusi peruntukan Rancangan Malaysia Kelapan(RM-8) mampu menerima kira-kira 1,200 orang pelajar.

    Katanya,empat IKM yang sedang dibina dijangka siap awal tahun depan ialah di sabah,PulauPinang,Negeri Sembilan dan Kelantan.

‘’Dalam  RM-8 juga,kita bercadang membina satu IKM yang menawarkan pengajian  peringkat Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di johor dengan anggaran kos lebih RM77juta.

    Mengikut kertas cadangan,kita akan membina Institut itu di tanah seluas 20 hektar di Sri Gading (bersebelahan Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO).

‘’Mengenai Tenaga pengajar,kita akan mengambil lebih ramai graduan lepasan IKM yang berkelayakan untuk mengikuti latihan lanjutan sebelum dilantik sebagai tenaga pengajar IKM.

‘’Kita menggunakan program tindikan iaitu menawarkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana yang ditaja sepenuhnya kepada pelajar tajaan Mara atau lepasan IKM yang berminat,” katanya semasa sesi  temubual dengan wartawan dari Berita Harian dan Metro.

     Majlis Tamat Latihan pada hari tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Mara ,Zamani Md Noor,Pengarah Bahagian Kemahiran Mara,Abdul Aziz Abdul,Pengarah Mara Negeri,Mohd  Rosdi Ismail serta Pengetua IKM Johor Bahru,Mohd Saleh Mat dan Penolong Pengetua Mar Baki @ Umar Baki said serta Ketua-ketua kursus dan tenaga pengajar.

Setakat ini,menurutnya Mara  mempunyai 12 IKM di seluruh negara yang sudah melatih kira-kira 70,000 pelajar bumiputra sejak ia mula dibuka pada 1969.

    Selain itu ,Datuk Rizalman berkata ,Mara mempunyai seramai 800 tenaga pengajar yang bertugas di semua  IKM  dan akan  menggunakankan pelajar tajaan  Mara bagi mengisi 20 peratus kekurangan tenaga pengajar apabila semua IKM mula beroperasi pada tahun 2003 nanti.

 

 

 
[Laman Utama][Maklumat][Pentadbiran][Akademik][Aktiviti]
Segala kandungan,grafik, dan ciptaan terkandung di dalam Laman ini  adalah Hakcipta Terpelihara © 2000 ikmjb.