INSTITUT KEMAHIRAN MARA

JOHOR BAHRU

 

DIPLOMA TEKNOLOGI MEKANIKAL

(PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA)

 

PENGENALAN

Kursus Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara di Institut Kemahiran MARA Johor Bahru wujud, setelah 2 tahun penubuhan IKM , iaitu pada tahun 1976. Sehingga sekarang kursus ini telah melahirkan hampir 1200 orang tenaga mahir. Institut ini ditubuhkan untuk melahirkan teknologis yang berketrampilan dan berdaya maju dalam usaha memenuhi keperluan tenaga kerja negara menjelang tahun 2020. Perbandingan dalam aspek kerjaya dan kefahaman dalam bidang ini amat dirasai dikalangan belia-belia bumiputera berbanding bukan bumiputera.

 

Setelah lebih 20 tahun, bermula pada sesi Julai 2000 kursus Teknologi Penyejukan Dan Penyamanan Udara di Institut Kemahiran MARA Johor Bahru telah dinaiktarafkan sebagai kursus Diploma Teknologi Mekanikal (Penyejukan Dan Penyamanan Udara). Ini adalah hasil daripada usahasama di antara pihak MARA dan Universiti Teknologi Malaysia.

 

bahadonsamirin@hotmail.com